Thursday, November 18, 2010

Kentang Putar Ala KFC

Kentang Putar Ala KFC

Resepi asal aku x tau sape punya..aku pun amik dari org

(gambar akan di upload kemudian)

Bahan²nya :

10 biji kentang
½ cawan susu segar
650 ml air
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar (dicincang halus)
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada hitam
Kicap pekat
Garam

Cara² menyediakan kentang putar

1. Kupas kulit kentang, potong 4 bahagian.
2. Rebus kentang masukkan sedikit garam. (bagi kentang cepat lembut)
3. Bila dah lembut, tekan guna sudu bagi hancur sikit.
4. Guna hand mixer bagi kentang betul2 lembut dan x bketul.
5. Sambil putar masukkan garam, lada hitam dan susu segar dalam ½ cawan.

Cara² menyediakan sos kentang putar.

1. Masak air, kiub pati ayam dan bawang besar hingga mendidih.
2. Renihkan dalam 10 minit. Tapis dalam mangkuk.
3. Amik periuk lain, masukkan mentega dan tepung gandum (tepung gandum nie tentukan pekat mana sos kita..so pandai2 la agak nak pekat mana ok). Kacau atas api yang kecil.
4. Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit sambil di kacau supaya tak bketul².
5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan beberapa titik kicap(untuk bagi warna jer). Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. (sekali lagi diingatkan..sila rasa sebelum letak garam takut tlebih masin)

p/s : hidangan untuk 4-5 org.