Tuesday, August 23, 2011

Rendang Daging




RENDANG DAGING

Bahan-Bahan:

1 kg daging
4 helai daun kunyit [sepatutnya dihiris halus tp kita hiris kasar krn nak jimat daun kunyit]
135ml minyak
500ml santan pekat
2 sd besar kerisik
garam dan gula secukup rasa


Bahan Blend:

cili kering ikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Biarkan daging sebati dengan rempah di atas sebentar.
4. Masukkan santan, garam, gula dan biarkan kuah menjadi agak pekat.
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak dan tutupkan api.

Friday, August 19, 2011

Yogurt Pancake


bahan-bahan:

1 cawan susu
1/2 cawan plain yogurt
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 biji epal di hiris membulat

cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali yogurt dan epal,gaul sampai sebati.blendkan semua.
  2. tuang adunan ke dalam mangkuk kemudian masukkan yogurt.cukup sekadar menggaul.
  3. panaskan kuali,letak sedikit minyak, letakkan hirisan epal,tuang adunan bancuhan tadi ke atas epal.
  4. biarkan sehingga masak.balikkan sehingga kedua-dua bahagian masak
  5. sedia untuk di hidang

Thursday, August 11, 2011

Kuah Sate @ Kuah kacang utk nasi himpit




Bahan2

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
2 sudu kecil asam jawa
5 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam Bahan-bahan kisar:
15 biji cili kering
2 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 biji buah keras
1 ½ cm belacan

Cara:

1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak.

3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).

4. Panaskan dengan api yang perlahan.

5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.

6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.

7. Sila jemput sanak saudara untuk menjamu selera...nyum...nyum...