Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Yogurt Pancake


bahan-bahan:

1 cawan susu
1/2 cawan plain yogurt
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 biji epal di hiris membulat

cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali yogurt dan epal,gaul sampai sebati.blendkan semua.
  2. tuang adunan ke dalam mangkuk kemudian masukkan yogurt.cukup sekadar menggaul.
  3. panaskan kuali,letak sedikit minyak, letakkan hirisan epal,tuang adunan bancuhan tadi ke atas epal.
  4. biarkan sehingga masak.balikkan sehingga kedua-dua bahagian masak
  5. sedia untuk di hidang

Sunday, June 19, 2011

Puding HoneyDew



bahan-bahan:


· 1 1/2 peket agar-agar bertali

· 1/2 biji tembikai susu-yg jenis lembut warna hijau-di blend bersama 1 liter air

· 1 tin susu cair (400ml)

· 1 sudu kecil esen pandan

· 4 sudu besar creamer coffeamate

· 6 sudu besar gula

· pewarna hijau

· air secukupnya


cara-cara untuk membuatnya :

  1. basuh dan rendam agar-agar strip sehingga lembut
  2. masukkan agar-agar ke dalam periuk dan masukkan air cukup sekadar melebihi paras agar-agar
  3. masak agar-agar sehingga hancur
  4. masukkan gula
  5. masukkan tembikai susu yg di blend tadi
  6. masukkan susu sejak dan creamer
  7. padamkan api
  8. masukkan esen pandan dan pewarna hijau.gaul rata
  9. tuang ke dalama acuan
  10. sejukkan di dalam peti sejuk
  11. sedia untuk dihidang
* amik dari forward email...n email tu mgkin dari blog yang tertera kat gambar tu
* letak jelah under label cake..hehe

Sunday, August 29, 2010

Kek Pelangi


Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
  2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
  4. Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza.
  5. Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
  6. Selepas masak sejukkan kan kek.
  7. Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.

Monday, August 23, 2010

Kek Marble Milo

Bahan-bahan:

250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes


Cara Penyediaan:

1) Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
2) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.
4) Ambil sebahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo tadi.
5) Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Tuesday, August 17, 2010

Chocolate Cupcake

Bahan-bahan ( Dalam 16 cupcake )

* BAHAN A
50g serbuk koko
240ml air panas
BAHAN B
175g tepung
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
BAHAN C
113g butter (unsalted)
200g gula
2 biji telur
2 sudu teh vanilla essence

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk kecil, masukkan Bahan A dan kacau sehingga rata. Biarkan sejuk.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan Bahan B dan kacau.
  3. Menggunakan electric mixer, masukkan butter dan gula. Putar sehingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur, satu per satu dan putar lagi sampai jadi bater yang licin. Masukkan pula vanilla essence.
  5. Tambah Bahan B (tepung) ke dalam Bahan C (butter) dan putar. Kemudian masukkan Bahan A (koko) dan kacau.
  6. Isikan cawan kertas dengan bater sehingga 2/3 penuh. Bakar dalam oven 190 Celcius selama 16-20 minit.
  7. Untuk frosting, cairkan coklat masakan guna kaedah double boiling. Biarkan sejuk.
  8. Dalam electric mixer, putar butter dan gula sehingga kembang dan berkrim. Masukkan vanilla essence.
  9. Masukkan coklat masakan yang dicairkan tadi dan putar sampai frosting jadi licin dan berkilat.
  10. Sapukan frosting ke atas cupcake yang dah dibakar guna piping bag (spatula pun boleh) dan wallah! Boleh dimakan. :)