


Blog nie sume psl resepi x kira lah dr benua mn sekali pun...& for information sume resepi diambik dr internet..jika ada sumber2 yg diambil adalah P&C sila maklumkan. Blog nie di buat utk memudahkan aku nk msk pd ms akan dtg...so aku kumpul2 kat sini...kira nie mcm buku resepi online aku la :)




500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak
BAHAN UNTUK SOS:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
METHODS:
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris
METHODS:
1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,
3. Kacau sehingga udang kemerahan.
4. Masukkan daun sup
5. Hidangkan.

1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]
METHODS (MICROWAVE):
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.
METHODS (NORMAL):
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3. Hidangkan.

1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit
BAHAN UNTUK SOS:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
METHODS:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak
BAHAN SAMBAL (MESINKAN)
2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]
METHODS:
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit
BAHAN UNTUK SOS:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
METHODS:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

INGREDIENTS:
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
METHODS:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.
Bahan-bahannya: www.familiazam.com
1 kg ikan tilapia - dibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris
3 helai daun limau purut - dihiris
6 tangkai daun bawang - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris
1 batang serai diketuk
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar: www.familiazam.com
2 bij bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
3 biji cili merah - diketuk kasar
3 biji cili padi - diketuk kasar
Cara-cara membuatnya:www.familiazam.com
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, daun limau purut, daun kunyit, serai dan garam. Biarkan seketika dan kemudian
masukkan air.
Setelah mendidih masukkan ikan dan daun bawang. Tutup periuk dan jangan dibuka sehingga ikan masak.
Masa persediaan & memasak: 45 minit
Hidangan untuk: 4-6 orang
Setiap hidangan mengandungi: 24 gm lemak, 380 Kcal
com
Bahan A:
4 batang serai
4 cm lengkuas
4cm halia
1 labu bawang besar
1 camca besar serbuk belacan maggi
Bahan B:
1 peket perencah rendang maggi
1 peket tumisan sambal goreng maggi
2 batang serai
2 camca besar minyak masak
1 kg kepingan ayam
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 camca besar air asam jawa pekat
gula secukup rasa
100 gm kacang goreng, dikisar halus
Cara-cara membuatnya:
Kisar bahan A hingga lumat.
Masukkan perencah serta tumisan maggi dan serai kedalam bahan A.
Panaskan minyak dan tumis campuran bahan A hingga wangi.
Masukkan kepingan ayam dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan air, santan, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan masukkan kacang kisar.
Kecilkan api dan renih, kacau selalu hingga hampir pekat.
Hidangkan bersama nasi dan roti.
Masa Penyediaan & memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 4 Orang
Setiap hidangan mengandungi: 29 gm Lemak, 463 Kcal
Bahan-bahannya:
500 gm kepak ayam
Minyak masak untuk goreng terendam
1 labu bawang besar, dicincang
2 cm halia, dicincang
50 ml air
1 peket tumisan ayam madu maggi
11/2 camca besar bijan goreng
Cara-cara membuatnya:
Goreng terendam kepak ayam hingga kekuningan.
Keluarkan minyak hingga tinggal 1 camca besar dalam kuali
Tumis bawang dan halia hingga wangi.
Masukkan air, tumisan maggi dan bijan.
Masukkan semula ayam goreng dan masak hingga bersalut dengan sosnya.