Tuesday, August 31, 2010

Udang Sweet-Sour


INGREDIENTS:


500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

METHODS:

1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

4. Masukkan juga cili potong dan gula.

5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Udang Pepper


INGREDIENTS:


500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

METHODS:

1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.

2. Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,

3. Kacau sehingga udang kemerahan.

4. Masukkan daun sup

5. Hidangkan.

Singgang Ikan Tongkol/Aye


INGREDIENTS:


1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]

METHODS (MICROWAVE):

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.

2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.

3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.


METHODS (NORMAL):

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.

2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.

3. Hidangkan.

Siakap Sweet-Sour


INGREDIENTS:


1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

METHODS:

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Cencaru Belah Belakang


INGREDIENTS:


4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

BAHAN SAMBAL (MESINKAN)

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

METHODS:

1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.

2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.

3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

Bawal Sweet-Sour


INGREDIENTS:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

METHODS:

1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.

2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.

5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.

7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Sotong Goreng Tomyam


INGREDIENTS:

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Sunday, August 29, 2010

Kek Pelangi


Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
  2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
  4. Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza.
  5. Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
  6. Selepas masak sejukkan kan kek.
  7. Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.

Monday, August 23, 2010

Kek Marble Milo

Bahan-bahan:

250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes


Cara Penyediaan:

1) Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
2) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.
4) Ambil sebahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo tadi.
5) Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit dengan suhu 180 darjah celcius.

NASI AYAM

Bahan-bahan :
ayam
beras
bawang besar
halia
bawang putih
sup bunjut
cili masak
sedikit sos tiram
sedikit kicap
sedikit cili sos
daun sup

Bahan-bahan sampingan :
Tomato
Timun
Daun salad

Cara-cara :
- Rebus ayam bersama halia yang ditumbuk lumat sehingga masak.
- Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama sos tiram & kicap. Air rebusannya jangan dibuang.
- Untuk nasi, tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan separuh air rebusan ayam tadi dan tanak bersama-sama nasi (bubuh pewarna kuning sikit supaya nasi tu berwarna kuning).Garam secukup rasa dan biarkan masak.
- Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng.
- Untuk kuah sup, tumis bawang putih dan bawang besar bersama-sama sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Setelah hampir masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.
- Untuk sos cilinya pula, tumbuk atau blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih hingga hancur. Masakkan bersama-sama sedikit sos cili dan sedikit air, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
- Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.


Resepi nie amik dr sini MAZLINA MOKHTAR

Tuesday, August 17, 2010

Tilapia Ala Jawa

Bahan-bahannya: www.familiazam.com
1 kg ikan tilapia - dibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris
3 helai daun limau purut - dihiris
6 tangkai daun bawang - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris
1 batang serai diketuk
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
www.familiazam.com
2 bij bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
3 biji cili merah - diketuk kasar
3 biji cili padi - diketuk kasar

Cara-cara membuatnya:
www.familiazam.com
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, daun limau purut, daun kunyit, serai dan garam. Biarkan seketika dan kemudian
masukkan air.
Setelah mendidih masukkan ikan dan daun bawang. Tutup periuk dan jangan dibuka sehingga ikan masak.

Rendang Pedas

Bahan-bahannya:www.familiazam.com
1 kg daging
2 batang serai - dikisar
200 gm cili kering - dikisar
400 gram bawang merah - dikisar
1 kg santan kelapa
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya: www.familiazam.com
Daging dipotong kecil. Kemudian, campurkan daging dengan semua bahan sekali dan kacau hingga rata.
Masukkan santan dan masak sehingga kering.
Lebih sedap dimakan bersama nasi putih

Rendang Tok

Bahan-bahannya:www.familiazam.com
1 kg daging
100 gm rempah
300 gram kerisik
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
200 gram lengkuas
4 cm halia
2 batang serai
1 kg santan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Daging dipotong kecil selebar 4 cm. kemudian, campurkan serai, halia dan bawang merah yang teklah ditumbuk halus bersama dengan daging tadi.
Selepas itu, masukkan santan dan bahan lain kedalamnya. Gaulkan hingga sebati. www.familiazam.com
Akhir sekali, masak pada suhu api sederhana dan sentiasa dikacau.
Setelah betul-betul masak, angkat dan bolehlah dihidangkan

NASI BERIANI

Bahan-bahan A: www.familiazam.com
1 kg beras basmati

Bahan-bahan B:
200 gram minyak sapi

Bahan-bahan C: www.familiazam.com
3 ulas bunga lawang
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji tomato dipotong empat
4 batang cili merah
2 batang serai
2 helai daun pandan
1 ulas halia
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 biji asam limau
1 liter air www.familiazam.com
Gararn secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Masukkan bahan B ke dalam periuk sehingga panas. Kemudian tumis bahan C dan masukkan dalam air mendidih. Masukkan bahan A dan biarkan selama 1/2 jam. Hidang setelah nasi masak.

IKAN MASAM MANIS

Bahan-bahan A:
4 ketul ikan tenggiri (digoreng dengan
kunyit dan garam) www.familiazam.com
1 biji timun (dipotong empat)
1 biji bawang merah (dipotong bulat)
2 biji cili merah (dihiris) Garam secukupnya

Bahan-bahan B: www.familiazam.com
1/2 cawan sos cili
1 /2 cawan sos tomato
1/4 cawan cuka www.familiazam.com
1/2 cawan gula

Cara-cara membuatnya:
Masak empat cawan air dan bahan B ke dalam kuali sampai mendidih dan menjadi pekat. Masukkan ikan dan bahan-bahan A sehingga masak. Akhir sekali, taburkan cili, hirisan timun dan bawang.www.familiazam.com

TENGGIRI ASAM PEDAS CINA SELATAN

Bahan-bahan: www.familiazam.com
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia www.familiazam.com
3cm lengkuas
11/2 cm kunyit
5 biji cili padi www.familiazam.com
4 keping asam gelugor
3 tangkai gaun kesom (diambil daunnya)
1/2 sudu teh beras
Garam, www.familiazam.com
gula secukup rasa
Belacan (jika perlu)
100gram lada kering
Seekor ikan tenggiri (sederhana besarnya)

Cara-cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan dipotong. www.familiazam.com
Bawang merah, bawang putih, halia serta lengkuas, cili padi dan beras ditumbuk hingga lumat.
Gaulkan ikan bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
Kemudian jerangkannya bersama 1 cawan air dengan api yang sederhana selama 10 minit.
Setelah itu, tambahkan pula 2 cawan air ke dalamnya.
Apabila ianya agak masak, masukkan daun kesom. Kemudian barulah diangkat.

AYAM MASAK CENDAWAN

Bahan-Bahan:
500 gm ayam potong kecil dan buangkan kulit
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
1 inci halia (mayang)
1 tin cendawan butang dalam tin
1/2 tin kacang peas hijau
1 batang lobak merah kecil [potong ikut suka]
1 biji lada benggala merah (dipotong dadu)
1 paket perencah Maggi Ayam Cendawan + 1/2 cawan air
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
www.familiazam.com
Daun bawang - untuk hiasan

Cara membuatnya:
Panaskan satu sudu besar minyak masak dan bahan yg dimayang hingga naik baunya.
Masukkan ayam dan goreng sehingga agak masak.
www.familiazam.com
Masukkan lobak merah, cendawan butang, ayam dan kacang peas hijau. Biarkan di atas api hingga lembut & masak.
Masukkan lada benggala dan biarkan seketika.
Angkat dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

NASI IKAN BERMANGGA

Bahan-bahan: www.familiazam.com
120 gram isi ikan (fish fillet) seperti kurau
30 gram tepung rangup
50 gram sos cili Thai
20 gram mangga muda (dihiris nipis)
1 mangkuk nasi putih
Sayur goreng / acar (pilihan hati)

Cara membuatnya:
Goreng ikan yang telah disalut dengan tepung rangup hingga warna keemasan.
Kemudian ketepikan.
Di atas pinggan yang lain, letakkan nasi dan hidangkan ikan di tepi kemudian baru dituangkan sos cili Thai ke atasnya.
Kemudian taburkan mangga muda (yang dihiris nipis di atas ikan tadi.)
Enak dimakan panas-panas.

SPAGETTI BOLOGNESE

Bahan-bahannya: www.familiazam.com
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
10 biji cendawan butang [potong 2]
1/2 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
1 biji tomato [potong dadu]
2 s/b cili mesin
www.familiazam.com
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/t lada hitam
5 s/b tomato sos
1/2 cawan air
minyak
www.familiazam.com
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara membuatnya:
Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
www.familiazam.com
Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
Taburkan aregano dan hirisan daun sup.

NASI GORENG LADA HITAM

Masa persediaan dan Memasak: 25 minit
Hidangan untuk : 5 - 6 orang
Setiap hidangan Mengandungi : 9 gm lemak, 256 Kcal

Bahan-bahannya:
4 camca besar minyak masak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
1 peket Perencah daging lada hitam maggi
250 gm udang bersaiz sedang tanpa kulit
1 cawan sayur campur
2 camca teh serbuk pati ikan bilis maggi
5 cawan nasi
2 pokok daun ketumbar, dihiris
bawang goreng
telur dadar dihiris

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan perencah maggi dan goreng hingga wangi
  3. Masukkan udang, sayur campur dan pati maggi.
  4. Goreng selama 2 minit
  5. Masukkan nasi dan daun ketumbar, goreng hingga nasi kering
  6. Hias dengan bawang goreng serta hirisan telur dadar. Sedia untuk dihidangkan.

NASI DHAL NIKMAT

Masa persediaan & memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 6-8 orang
Setiap hidangan mengandungi: 7 gm lemak, 480 Kcal

Bahan-bahannya:wom
100 ml minyak masak
3 camca besar minyak sapi

Bahan A:
10 ulas bawang merah com
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 cm halia
4 cm kulit kayu manisom
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang
125 gm kacang hijau, buang kulit dan rendan selama 3 jam,tuskan.
1 liter air
125 ml krimer sejat rendah lemak IDEAL
2 camca besar serbuk pati ayam maggi
garam secukup rasa
800 gm beras basmathi, basuh dan tuskan.
daun pudina goreng
kismis goreng
bawang gorengco

m
Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi;
  2. Tumis bahan A hingga wangi
  3. Masukkan kacang hijau dan goreng hingga kekuningan.
  4. Masukkan air, Susu IDEAL nestle, pati maggi dan garam secukup rasa.
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan beras.
  6. Masak hingga air kering dan nasi masak
  7. senduk kedalam pinggan hidangan dan hiaskan.
  8. Hidangkan ketika masih panas.

AYAM BERSOS KACANG

Masa persediaan & memasak: 45 minit
Hidangan untuk: 4-6 orang
Setiap hidangan mengandungi: 24 gm lemak, 380 Kcal
com
Bahan A:
4 batang serai
4 cm lengkuas
4cm halia
1 labu bawang besar
1 camca besar serbuk belacan maggi

Bahan B:
1 peket perencah rendang maggi
1 peket tumisan sambal goreng maggi
2 batang serai
2 camca besar minyak masak
1 kg kepingan ayam
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 camca besar air asam jawa pekat
gula secukup rasa
100 gm kacang goreng, dikisar halus

Cara-cara membuatnya:
Kisar bahan A hingga lumat.
Masukkan perencah serta tumisan maggi dan serai kedalam bahan A.
Panaskan minyak dan tumis campuran bahan A hingga wangi.
Masukkan kepingan ayam dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan air, santan, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan masukkan kacang kisar.
Kecilkan api dan renih, kacau selalu hingga hampir pekat.
Hidangkan bersama nasi dan roti.

KEPAK AYAM BERSALUT MADU BERBIJAN

Masa Penyediaan & memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 4 Orang
Setiap hidangan mengandungi: 29 gm Lemak, 463 Kcal

Bahan-bahannya:
500 gm kepak ayam
Minyak masak untuk goreng terendam
1 labu bawang besar, dicincang
2 cm halia, dicincang
50 ml air
1 peket tumisan ayam madu maggi
11/2 camca besar bijan goreng

Cara-cara membuatnya:
Goreng terendam kepak ayam hingga kekuningan.
Keluarkan minyak hingga tinggal 1 camca besar dalam kuali
Tumis bawang dan halia hingga wangi.
Masukkan air, tumisan maggi dan bijan.
Masukkan semula ayam goreng dan masak hingga bersalut dengan sosnya.

Chocolate Cupcake

Bahan-bahan ( Dalam 16 cupcake )

* BAHAN A
50g serbuk koko
240ml air panas
BAHAN B
175g tepung
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
BAHAN C
113g butter (unsalted)
200g gula
2 biji telur
2 sudu teh vanilla essence

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk kecil, masukkan Bahan A dan kacau sehingga rata. Biarkan sejuk.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan Bahan B dan kacau.
  3. Menggunakan electric mixer, masukkan butter dan gula. Putar sehingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur, satu per satu dan putar lagi sampai jadi bater yang licin. Masukkan pula vanilla essence.
  5. Tambah Bahan B (tepung) ke dalam Bahan C (butter) dan putar. Kemudian masukkan Bahan A (koko) dan kacau.
  6. Isikan cawan kertas dengan bater sehingga 2/3 penuh. Bakar dalam oven 190 Celcius selama 16-20 minit.
  7. Untuk frosting, cairkan coklat masakan guna kaedah double boiling. Biarkan sejuk.
  8. Dalam electric mixer, putar butter dan gula sehingga kembang dan berkrim. Masukkan vanilla essence.
  9. Masukkan coklat masakan yang dicairkan tadi dan putar sampai frosting jadi licin dan berkilat.
  10. Sapukan frosting ke atas cupcake yang dah dibakar guna piping bag (spatula pun boleh) dan wallah! Boleh dimakan. :)

IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan kembong (digoreng dahulu)
25 biji cili api (diketuk sahaja)
5 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dimayang halus)
3 biji tomato (untuk hiasan)
3 helai daun bawang (untuk hiasan)
3 sudu kicap dan cili boh

Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang putih, cili boh dan kicap serta sedikit air masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cili api, bawang dan halia. Apabila masak tuangkan pada ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Hiaskan dengan hirisan tomato dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Testing

Post percubaan..WELCOME...aku baru je wat blog nie..aku wujudkan blog nie utk kumpul resepi2 dr internet..pastu aku simpan dlm blog aku nie...sbbnyer kdg2 sungguh susah nk cari resepi..so jom la tgk...