Sunday, August 29, 2010

Kek Pelangi


Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
  2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
  4. Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza.
  5. Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
  6. Selepas masak sejukkan kan kek.
  7. Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.

No comments:

Post a Comment